Sunday, 4 September 2011

<< KHAS BUAT WANITA YANG MENGANDUNG >>



salam wbt...
post nie actually sy adakan || terbitkan khas tok seseorang..tp, its ok..knowledge kn kne kongsi sama2x..hee..
a'ah, msty bez kn, bila ada anak sendiri..anak itu ibarat pengukuh ag umah tangga sesebuah keluarga, kto ore ar. pah tu, bez taw tgk baby-baby nie. comel je. syok gler seh. btw, bukan hok nie kawe nk ngorak. kawe nk gtaw je antara tips-tips tok ibu yg mengandung nie.cewahhh, mcm doktor plak. padahal, amek engineering..tp kn, egat bdk2x engineering sume nerd ke..??duk study engineering subject all the time..??sy x...kne ar pops-up cket dr bidang engineering kekdg tu..t, jem plak pale otak nie..hahahaha^_^


so, straight to the point..berikut adalah antara tips2x tok para ibu yg mengandung yg ada sy terbaca dr artikel2x d ternet, majalah2x dan sumber2x ilmiah yang laen...

1. Jangan kuat merajok, nie penting nie..hahaha

2. perbanyakkan membaca al-Quran, terutamanya surah Mariam, Yusuf, Luqman, Yunus, Ibrahim, al-khafi,  Yaasin , Ar-Rahman, disamping surah-surah yang lain. InshaAllah, mudah-mudahan anak yang bakal dilahirkan , cerdik.

3.  Jangan minum air bergas terutama di musim perayaan nie, bahaya tu..

4.  Elakkan drpd mengumpat or mengata ore laen.

5. perbanyakkan zikirrullah


Selain itu jugak, ada ag tips2x nie.. antara nyer..

6. bahagikan waktu makan kepada 6 part. ini penting sebab kebiasannya wanita yang mengandung sukar tok mengambil makanan yg byk dalam satu masa.

7. bnyakkan mengambil makanan yg berkhasiat, minum susu dan sebagainya.

8. berjalan sekurang-kurangnya 30min sehari, minimum

9. jika pie tmpt2x jauh dengan menaiki kereta, mesti berhenti dan kuar jalan2x sat dalam 15min tok setiap 2jam.

10. perbanyakkan beribadat & berdoa kepada Allah s.w.t amat penting

11. sentiasa tunjukkan akhlak-akhlak yang mulia

seterusnyer pLak....
berikut adalah tips tidok yg selesa tok ibu-ibu yg mengandung..

perut yg semakin membesar menyukarkan seseorang wanita yg mengandung tok dpt tido yg selesa. kebiasaannya, byk keluhan yg akan timbul. so, kt sini ada ar sket penduan tok dapat kn posisi tido yg selesa, sy baca drpd artikel gak..I'm not a doctor..hehehehe


Tahap pertama..
kebiasaannya, pada tyme ini, oke je ag nk tido cm mane pun. tyme nie, perot tok membesar ag kn. so, golek2x je cm mane2 pun..kn, kn..


Tahap ke-2
a'ah, tyme nie, ye ar. perot msty ngah  membesar kn. so, msty sentiasa serba salah tok dapatkan posisi tido yg selesa..kn, kn..pertama sekali, tido secara terlentang emg sgt2x xbisa. sebab nyer, t saket punggung oww..siyes le. Antara posisi yg terbaek yg sy wat research, cewah..adalah tido mengiring ke kiri or ke kanan..akan tetapi, yg pling terbaek adalah mengiring ke kiri.


So, takat nie je ar dulu dapatan kajian yg sy dapat. tok laen2x tips, sy akan add up ag. So, jaga ar kandungan anda dengan sebaik-baiknya.



::: sLot Ice-BreakinG :::


sapo yg menganDung nie..??hahahahaha^_^

Thursday, 18 August 2011

hadith : berkaitan DOA ~

"tiga manusia yang tidak akan ditolak doa mereka (oleh Allah) ; orang yang berpuasa hinggalah ia berbuka, imam(pemimpin) yang adil & doa orang yang dizalimi.."

riwayat Imam Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.

Wednesday, 17 August 2011



announcement!!!

pape pun ilmu yg kito dpt, share2x ar ngan kgkwan laen..xkre ar, ilmu dunia or akhirat..byk kelebihannya & pahala..inshaAllah..^_^

Next HaDith ~ ~

Hadith :
Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a :” Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:” Apabila seseorang memeluk agama Islam dengan ikhlas, Allah akan mengampunkan semua dosa-dosanya di masa lalu. Kemudian setelah itu mulai diadakan perhitungan, pahala untuk setiap perbuatan baik yang dilakukannya dilipat gandakan sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat sebanyak dosa yang dilakukannya kecuali apabila Allah mengampunkannya.” 
keterangan : 
Mualaf ialah orang yang baru berjinak-jinak Islam. Dari segi bahasa mualaf bererti lemah. Istilah ini lalu disandarkan kepada mereka yang baru saja memeluk Islam dan masih lemah pemahamannya tentang Islam. Kebanyakan daripada kita tidak memahami keperluan mualaf. Mualaf sebenarnya mengharapkan teman dan sahabat yang dapat memberi sokongan moral dan perlindungan dari kecaman keluarga mahupun saudara, kerana perpindahan agama bukanlah perkara yang mudah sebaliknya memerlukan banyak pengorbanan. Justeru perlu ada pihak yang menyelia dan membimbing golongan yang baru memeluk Islam ini agar mereka tidak kembali murtad. Contohnya menziarahi mereka supaya tidak terabai dan memantau perkembangan mereka. Kebanyakan kes yang berlaku hari ini, orang memeluk Islam sekadar untuk mencukupkan syarat membolehkannya berkahwin dengan pasangan yang beragama Islam. Bukan dengan niat yang benar-benar ikhlas mahu mentauhidkan Allah SWT. Bagi mualaf yang ikhlas ingin memeluk Islam pula, mereka akan melaksanakan ajaran Islam secara bertahap. Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ada antara golongan mualaf ini yang jauh lebih taat daripada mereka yang sejak lahir memeluk Islam. Golongan inilah yang disebutkan di dalam hadis di atas.

HADITH 5...


Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Apabila salah seorang dari kamu mengerjakan amal-amal yang membuktikan keislamannya dengan sebaik-baiknya (serta dengan ikhlas) maka tiap-tiap kebaikan yang dikerjakannya akan ditulis baginya sepuluh kebajikan yang menyamainya hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan tiap-tiap satu kejahatan yang dilakukannya akan ditulis baginya (satu kejahatan) yang menyamainya.”


Riwayat Bukhari

keterangan :

Pengajaran Hadis:

i) Islam adalah suatu agama yang mulia dan ia memuliakan penganutnya.
ii) Buktinya Islam memberikan ganjaran yang sangat besar bagi setiap kebaikan yang dilakukan di mana kelebihan atau ganjaran ini tidak akan diperolehi dengan pengakuan mulut sahaja (mengaku Islam sahaja) tetapi hanya akan dicapai dengan mengerjakan amalan-amalan yang baik secara ikhlas dan ihsan kerana Allah S.W.T.
iii) Ihsan bererti mengerjakan sesuatu ibadat dan kebaikan dengan sebaik-baiknya, lengkap dengan segala peraturan serta ikhlas kepada Allah iaitu bersih dari perbuatan syirik dan sifat munafiq serta bersih daripada perasaan riya’, ujub dan sebagainya. Dengan lain perkataan ihsan itu adalah mengerjakan sesuatu ibadat seolah-olah seseorang itu melihat Allah serta meyakini bahawa Allah sedang memerhatikannya.

HADITH 4...


Hadith :

Dari Abdullah, katanya:” Bersabda Rasulullah s.a.w. kepada kami:” Tidakkah kamu gembira bahawa seperempat dari penghuni syurga itu dari kamu?” Kata Abdullah kami pun segera mohon ditambah. Kemudian berkata pula beliau:” Tidakkah kamu gembira bahawa sepertiga penghuni syurga itu dari kamu?” kata Abdullah, kami pun mohon diperbanyakkan lagi. Akhirnya Rasulullah s.a.w. berkata:” Sesungguhnya saya mengharap bahawa seperdua) dari penghuni syurga itu dari kamu. Dan ketahuilah! Bahawa bandingan jumlah kaum Muslimin dengan kaum kafir itu, laksana sehelai bulu putih ditubuh sapi hitam atau sehelai bulu hitam di tubuh sapi putih.”


(Muslim)

keterangan :

Umat Islam seharusnya bersyukur kerana dikurniakan hidayah dalam mememuk agama yang benar dan diredhai Allah SWT. Namun fenomena hari ini memperlihatkan kepada kita bahawa tidak semua yang menganut Islam itu benar-benar menghayati ajaran agamanya bahkan ada juga yang memilih agama lain (murtad). Betapa mudahnya iman mereka tergoyah dek kerana godaan dan hasutan duniawi. Oleh itu benarlah seperti sabda Rasulullah SAW bahawa umat Islam itu ramai namun nilaian mereka hanyalah seperti buih-buih di lautan yang tidak mendatangkan apa-apa kesan. Mereka mudah dipermain-mainkan oleh pihak musuh bahkan mereka sendiri bertelagah di antara satu sama lain. Justeru meskipun peluang untuk kita menghuni syurga Allah amat besar namun peluang tersebut tidak direbut oleh semua orang. Ramai yang berebut mengejar nikmat dunia yang sedikit ini berbanding dengan nikmat akhirat yang jauh lebih besar. Kesesatan manusia hari ini tidak mustahil membuatkan iman mereka semakin kurang yang akhirnya cara hidup mereka seolah-olah tiada bezanya lagi dengan orang yang kafir.